Jumaat, 23 Oktober 2009

Akhirnya Aku Berjaya

6-12 Tahun
Pada usia aku 6 tahun, aku mendapat pendidikan awal di Tadika Pasir Kasar. Aku sebenarnya tidak suka untuk pergi sekolah tetapi Mek aku yang memaksa aku untuk pergi sekolah. Tiap-tiap pagi Ayah aku menghantar aku ke tadika dan pada pulang aku dijemput oleh kakak aku. Biasalah anak bongsu, mesti dilayang seperti anak emas.Habis tadika aku didaftarkan untuk belajar di sebuah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Chicha Menyabong (SKCM). Disinilah bermulanya perjalanan aku sebagai seorang murid sekolah. Meniti hari-hari sebagai seorang murid sekolah rendah aku dapat mengenali ramai kawan-kawan baru yang selama ini aku belum pernah berjumpa. Selang beberapa tahun, sampailah kemuncak aku belajar di sekolah rendah iaitu ujian UPSR. Aku bukan seorang pelajar yang pintar, aku hanya di tahap sederhana sahaja. Selepas menduduki ujian UPSR aku mendapat keputusan 2A, 3B. Syukur...!!!

13-17 Tahun
Selepas tamat sekolah rendah, aku menyambung pelajaran aku di sebuah sekolah menengah iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan Beris Panchor (SMKBP). Pencapaian yang kurang memberansangkan dalam UPSR menyebabkan aku terpaksa diletakkan dalam kelas yang sederhana. Menuntut ilmu di sekolah menengah lebih mencabar kerana banyak subjek yang perlu aku fokus dan fahami. Tetapi aku sangat lemah dalam subjek BI, Matematik, Sains dan Sejarah. Apa yang cikgu aku ajar satu pun aku tak faham...kenapa la lembap sangat aku pada masa itu. Pada tingkatan 3 aku menduduki peperiksaan PMR. Peperksaan ini aku langsung tidak ambik peduli kerana apa yang aku belajar satu pun tak faham. Jadi apabila keputusan PMR diumumkan aku mendapat 1A, 2B, 2c, 3D...ish3x lagi teruk pencapaian aku...!!! Aku menambung pelajaran pula di tingkatan 4 aliran sastera bersama kawan-kawan yang disiplin yang 40%. Belajar punya belajar samapailah masa peperiksaan SPM. Kali ini aku lebih bersedia sedikit tapi macam biasa BI jew yang xokey...keputusan SPM yang aku dapat 3A, 4B, 2C, 1D.Alhamdulillah...tapi xdapat masuk "U".Masa ni la aku terasa aku orang paling bodoh kerana tak dapat masuk U...semua sepupu-sepupu aku dapat masuk U.Sepupu aku yang ambil SPM sekali dengan dapat masuk UNIKL,UITM,POLY n Oversea(perancis)...Tapi aku tak dapat pergi mana-mana...

18-19 Tahun
Walaupun aku tidak dapat melanjutkan pelajaran di Universiti tetapi aku dapat meneruskan pelajaran aku di tingkatan 6. Orang kata belajar tingkatan 6 lebih susah daripada belajar di U...memang betul pun tapi itu bagi orang yang malas...aku teruskan pelajaran aku di tingkatan 6. Selama 1 tahun setengah aku belajar di tingkatan 6 aku sudah berazam untuk menjadi yang terbaik dan berubah untuk kejayaan. Pada tahun 2007 aku menduduki peperiksaan STPM. Soalan STPM memang susah terutamanya Pengajian AM. Tetapi aku yakin dengan diri aku sehingga semua soalan yang dikeluarkan aku dapat jawab dengan tenang. Akhirnya apabila keputusan STPM diumumkan aku menerima berita yang sangat gembira dalam hidup aku kerana aku diumumkan sebagai pelajar terbaik sekolah dalam pencapaian STPM. Alangkah gembiranya aku pada masa itu kerana sebelum ini aku bukan pelajar yang pintar. Dengan usaha dan sokongan daripada Mek, Ayah, adik beradik dan cikgu aku akhirnya aku berjaya. Aku mendapat keputusan 3A, 1B+ dalam STPM. Kali ini aku dapat juga menyambung pelajaran di Universiti.Perkara yang aku paling ingat apabila mek aku memeluk aku...keluar air mata mek aku bila dia tengok keputusan aku...terima kasih mek kerana melahirkan anakmu ini...

20 Tahun dan seterusnya...
Dengan pencapaian yang aku perolehi di peringkat STPM itu, aku berjaya melanjutkan pelajaran aku di sebuah Universiti yang begitu tersohor dengan melahirkan bakal-bakal guru. Aku berjaya melanjutkan pelajaran aku di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. Alhamdulillah...sepanjang aku menuntut ilmu di UPSI aku dapat mengekalkan pencapaian aku. Insyaallah dengan izin Allah S.W. T aku akan menjadi seorang pendidik untuk mendidik anak bangsaku seperti mana cikgu-cikgu aku mendidik aku dahulu. Terima kasih cikgu kerana jasamu aku telah berjaya, semoga cikgu-cikgu sentiasa dirahmati Allah S.W.T...Sekiranya ada rezeki aku akan meneruskan pengajian aku diperingkat master dan PHD...insyaalllah..Amin!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan