Jumaat, 23 Oktober 2009

Selamat Tinggal UPM...sambungan

Sebenarnya aku banyak lagi hendak kongsi cerita dengan kawan-kawan semua tentang pengalaman di UPM.Secara peribadi aku sangat suka dan puji pensyarah di UPM.Walaupun sebelum ini aku tidak pernah mengenali mereka tetapi aku dapat merasakan bahawa mereka semua pensyarah yang terbaik.Pensyarah UPM yang mengajar aku selama satu semester sanagt mengambil berat terutamanya Pn.Azlina.Pn Azlina sememangnya pensyarah yang paling aku suka kerana perwatakannya yang suka mengambil berat terhadap pelajarnya.Sejak aku mengikuti kuliah yang diajar oleh Pn Azlina,banyak pendedahan dan perubahan yang berlaku terhadap diri aku seperti berani tampil di khalayak ramai.Sekiranya Pn Azlina membaca blog ini,aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi mengajar aku dan aku doakan Pn. sentiasa dirahmati Allah S.W.T.

Bagi kursus kesusasteraan dalam multimedia aku mendapat tenaga pengajar yang cukup cukup tegas orangnya iaitu Dr. Normaliza.Tapi aku dapat merasakan dalam tegas beliau tersimpan satu sifat baik hati.Bagi sesiapa yang tidak tahan dengan beliau pasti akan mengalami tekanan perasaan tahap maksima.Bagi aku,Dr Normaliza begitu teliti dalam membuat kerja beliau kerana cara beliau mengajar sudah menunjukkan ketelitiannya.Buat Dr,Normaliza saya ucapkan bebanyak terima kasih kerana mengajar saya.Aku ketawa sendirian bila ingat peristiwa Dr Normaliza marah kat kumpulan aku hari tu...ish2...garang betul Dr Normaliza...aku relax jer tapi ada gak perasaan geram...!!!Kalau aku dapat sambung master...aku ingat nak buat master aku dibawah Dr Normaliza...hahahaha baru power..ade cbaran sikit...!!!

Prof Hashim pula ajar bahasa melayu tinggi.Dalam banyak2 kursus aku ambik,kursus Prof Hashim aku selalu tido.Masuk jer dalam kelas mesti mata aku jadi layu.Mula kelas hingga akhir kelas aku tido.Prof pulak xambik kisah sangat...Aku satu pun xfaham apa yang Prof ajar...tapi Prof orang paling baik kerana beri peluang saya tido dalam kelas...hehehehehehe...pe pun Prof terbaik...!!!

Dr Adi pula ajar fonetik n fonologi...ni la kursus paling mencabar dalam hidup aku sebgai student U..apa punya susah la kursus ni.macam kelas Prof Hashim jugak,masuk jer kelas ni aku akan tido.Bila Dr Adi tanya "faham"aku angguk...!!!belajar subjek ni cukup mencabar...ore klate oyak"tok tahu gapo satu..."Tapi Dr Adi mmg insan yang mulia dan baik budi bicaranya...aku suka sikapnya.Walaupun aku tak faham apa yang Dr Adi ajar tapi aku buat2 faham jer la...Dr Adi jgn lupa bg A exam nanti...hehehehehe

Dr Nik pula pensyarah yang paling spoting...ore klate tu gak!!!senang buat kecep kiro...masuk kelas tgk cerita upin dan ipin,bola kmpung dan anak-anak sidek...best giler...macam kelas tadika pulak rasa...Aku tgk cerita tu semua sebenarnya kajian terhadap kanak-kanak...kan aku ambik kesusasteraan kanak-kanak dan remaja...tu pasal kena tengok cerita upin ipin,bola kmpung n ank2 sidek...Dr Nik memang terbaik lah..Dr Nik pun jgn lupa bg A exam nanti...semoga jumpa lagi di lain masa Dr.

Aku harap,semua pensyarah yang aku sebut diatas akan sentiasa dirahmati Allah s.w.t...!!!jasamu aku tak dapat nak balas...

0 ulasan:

Catat Ulasan