Sabtu, 24 Oktober 2009

KENALI AKU

Assalamualaikum...

Syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan izin dah limpah-NYa dapat aku memperkenalkan latar belakang diri di ruang ini!!!! Mek dan Ayah aku meletak nama aku Mohamad Syzwan Bin Mat Salleh, I/C 880105-03-5073...Aku berasal di sebuah kampung di negeri Kelantan iaitu Kampung Dusun Durian Tawang, Bachok...Kini usia aku telah menjangkau 21 tahun...Aku anak bongsu dalam keluarga aku. Adik beradik aku semuanya 10 orang, 2 lelaki dan 8 perempuan...Semua adik beradik aku sudah berkahwin kecuali aku "belum sampai seru...!!!" Aku lebih glamor di panggil "POKDIK"...mungkin aku anak bongsu dalam keluarga kot...!!! Tidak aku sangka begitu cepat masa berlalu...!!!Banyak kenangan pahit, manis, masin, tawar, kelat, dan masam yang aku lalui. Kalau diimbas kembali kenangan itu pasti terukir senyuman dibibir aku. Kenangan manis yang pernah aku buat mengendap "anak dara orang"...ish3x apa nak jadi dengan aku dulu...tapi sekarang aku sudah taubat...biasa la remaja kan. Kenangan kelat aku pula bila aku bersama kawan-kawan aku pergi mencuri buah salak. Asalkan ada buah di pokok pasti aku rembat tak kira buah tu masak ke tidak. Tapi buah salak yang aku curi itu tidak masak...Fuhhh...alangkah kelatnya buah salak itu...Sebut pasal hobi pula aku suka bersukan. Sukan yang aku paling minat sepak bola dan badminton...tapi sepak bola yang paling aku minat...aku mewakili team bola sepak sekolah sejak darjah 3 lagi hinggalah aku bersara pada tingkatan 4 kerana Mek aku dah xbagi main. Sekrang aku masih lagi berjinak-jinak dalam sukan bola nie...aku banyak habiskan masa dengan kawan-kawan bermain futsall...Masa kecik-kecik dulu bila cikgu aku tanya cita-cita nak jadi apa??? aku jawab nak jadi Polis cikgu...Tapi bila usia aku sudah meningkat aku menanam cita-cita nak jadi bisnessman...tapi Mek aku mengharapkan supaya aku jadi pendidik dan sekarang aku dalam proses menjadi pendidik...Insyaallah kalau panjang umur 4 tahun lagi aku bakal menjadi pendidik...
Sekian sahaja tentang diri aku...

"POKDIKLATE"

0 ulasan:

Catat Ulasan