Ahad, 18 Oktober 2009

Selamat Tinggal UPM

Assalamualaikum...
Hari ini sudah 18 oktober 2009...Pejam celik pejam celik aku rasa sekejap sahaja semester ini.Dunia pelajar tidak dapat lari dengan kesibukan,kena buat itu kena buat ini,aktiviti sana aktiviti sini dan macam-macam lagi lah.Aku rasa baru semalam aku menjejakkan kaki aku ke UPM.Entah mengapa tiba-tiba sahaja hati aku berasa berat untuk meninggalkan UPM.Bukan aku ada kekasih pun dekat sini tapi hati aku rasa sayang dekat UPM ini.Rasa berat hendak meninggalkan kawan-kawan yang aku kenali disini.Budak-budak UPM memang sempoi,itu yang aku suka sangat terutama Adnan...lucu giler abang Adnan tapi aku respect dia.Aku rasa hendak kongsi cerita sedikit pengalaman aku semasa di UPM.Rasa hendak menangis la pulak...Pada mulanya U aku (UPSI) hendak hantar ke UKM tapi 2 hari sebelum daftar diri di UKM aku terima panggilan oleh pihak UPSI supaya daftar di UPM.Terkejut la juga masa tu,kelam kabut aku di buatnya.Pada berapa hari bulan entah(aku dah lupa)aku pun daftar diri dekat UPM.Pada mula-mulanya aku rasa tak mahu datang dekat UPM...dah la tak ada kawan mesti borink!tapi aku tabahkan hati untuk datang juga dekat UPM...kali pertama aku jejak kaki dekat UPM,ada pasangan orang Arab tanya aku lebih kurang macam ni la..."are you student UPM?"aku kaku sekejap..yeala,BI aku kantoi sikit...apa lagi,aku pun jawab yes no thank you alrigh la...pucat muka aku masa tu...bertambah-tambah la rasa tak mahu datang dekat UPM...selepas itu aku kena daftar diri dekat pusat kesihatan UPM...apa punya besar la UPM ni,setengah jam aku dengan abang aku cari tak jumpa-jumpa...selepas sesi pemeriksaan H1N1 aku pun daftar la di kolej 5...masa hendak daftar di kolej 5 ni la peristiwa yang aku paling nak marah.mula-mula pihak pengurusan kolej cakap aku bilik tak cukup...apa lagi,muka aku memang hendak marah tahap power rangers la...ejas punya ejas,aku pun dapat la bilik...aku pun pergi la tengok bilik tu tapi yang menjadi masalah kunci bilik tu tak dapat buka...geram gila aku masa tu...pihak pengurusan cakap kunci bilik tu dah rosak...geram memang aku geram betul.Pada malam tu baru aku baru dapat masuk bilik tu pun bilik macam tak serupa bilik...Kali pertama aku hendak pergi kelas pula,aku bangun pukul 6 lagi...dah la perhi kelas jalan kaki,nak naik bas tak tahu macam mana.Mula-mula belajar dekat sini hati aku rasa nak balik nak balik nak balik nak balik jer...selang beberapa minggu aku dekat UPM,aku pun mengenali beberapa kawan yang sekepala dengan aku...rasa nak bilik tu semakin hari semakin kurang...macam-macam perangai budak UPM ni,masa itu baru aku sedar bahawa kemana pun jua aku berada kawan ada dimana-mana...yang paling best pelajar perempuan UPM cantik-cantik dan seksi hahahahahahaha....pengalaman aku dekat upm akan aku ingat sampai bila-bila.I LOVE U UPM...kepada kawan-kawan di upm,aku harap kita kan berjumpa lagi dan terima kasih kerana sudi menjadi kawan aku...semoga berjumpa lagi...!!!

10 ulasan:

drnotts berkata...

kenapa tak tinggalkan komen di blog saya yang lagi satu?

cerita ini menarik. semua orang baik tetapi yang penting bagaimana kita mulakan persahabatan itu!

miss hanie berkata...

meti demo akn rindu ko puok team work, terutama kawe ngn dik zila...hehe..pape pn pokdik mmg sempoi..terbaek la pok dik...

DrNotts berkata...

awak ada sini satu sem je ke? ler, sem depan tak jumpa dah lah. kalau tidak sem depan kami nak buat rombongan jauh lagi untuk kelas multimedia. rombongan cik kiah ke portugal. main bola!

preTTy ClumsY** berkata...

dr. dorang datang sini jadi pengintip..

aliaaroslan berkata...

ingatkan akan rindu kat suasana upm yang hijau saujana mata memandang, etc.. rupanya awek seksi.. ceh!

MOHAMAD SYZWAN BIN MAT SALLEH berkata...

saya satu sem jer Dr.kat sini...bnyk pengalaman yang saya dapat dekat UPM...memang xsangka masa beredar dengan begitu cepat...!!!saya akan ingat kenangan di UPM terutama Dr. Normaliza...UPM terbaik...

fairuzfazela berkata...

salam.. syazwan.. aku bangga dapat kawan macm ko dan shahir.. aku gembira dapat jalinkan persahabatan dengan korang.. semoga jalinan ukhwah ni terus terbina,, k.. take care.. good luck

MOHAMAD SYZWAN BIN MAT SALLEH berkata...

aku pun gmbra kran dpt jmpa korang smua...insyallh klau pnjg umo kita kan jmpe lg...

Unknown berkata...

wan jangan la ucapkan selamat tinggal kat upm. sedih la.. kawe tahu demo tak kan lupakan upm. upm akan ada dalam hati demo sokmo. jadi tak dok makna apa yang dimaksudkan dengan selamat tinggal tu wan.. tiada selamat tinggal wan..

cik Es ღ berkata...

i l0ve upm t0..cari inf0 upm..termasuk blog ni=)

Catat Ulasan