Selasa, 27 Oktober 2009

TERIMA KASIH

Assalamualaikum...

Aku nak kongsi sedikit cerita kepada pmbca blog aku.Cerita ni bukan best sangat pun tapi cerita ini adalah kenangan yg sgt brmkna kepada aku.Aku berasal dari keluarga yg diketgori sbg kluarga yang susah.Dah la adik beradik ramai 10 orang lak tu...ayah aku seorang tukang rumah dan mek aku pulak suri rumah shj.Gaji ayah aku mmg tak cukup kalau nak bndingkan dengan saiz kluarga aku yang besar.Dulu orang kampung aku selalu hina kat keluarga aku sebab dah la miskin,rumah cam reban ayam,adik beradik ramai lak tu.Tapi yang mnjadi kebanggaan aku bila ayah dan mek aku tak ambik kisah pun apa orang kampung nak kata.Jnji ayah n mek aku dapat beri makan dekat anak-anak dia.Ayah aku sekarang umo 70 dan mek aku umo 68.Dah tua kedua-dua orang tua aku nie...

Keluarga aku ada kenangan yg tersendiri.Aku n adik beradik aku yang lain ada pengalaman bagaimana untuk mnternak biri-biri.Kakak sulong aku orang pertama yang menjaga biri-biri....selepas dia berkahwin akak aku yg kedua mengambil alih menjaga biri-biri itu...sehinggalah generasi biri-biri itu dijaga oleh aku sendiri.Sekarang generasi biri-biri yang akak sulong aku pelihara masih ada sehingga hari ini(ada kat umah aku di kg).Bayangkan kesepuluh adik beradik aku mewarisi memelihara biri-biri iru.Aku masih ingat lagi,sebelum pergi sekolah kami kena bawa biri-biri tu ke padang...balik sekolah kena alihkan biri-biri tu kat tempat teduh...petang pulak kena bawa balik masuk dlm kndang...ish3!!!tu la kami adik beradik...

Masa aku tingkatan 3,5 orang akak aku sudah berkahwin...cuma tinggal 5orang lagi yang masih belajar termasuk aku.Masa itu abang aku ngah belajar dekat UUM,2orang akak aku nak ambik exam STPM,sorang lagi akak aku ambik exam SPM dan aku pulak PMR.Semua nak guna duit waktu tu...masa tu yuran exam kena bayar sendiri tak macam sekarang semua kerajaan tanggung tapi ada yang mengeluh lagi.Mek n ayah aku orang yang paling pening pada waktu tu.Nak kena bayar yuran peperiksaan akak aku yang nak ambik STPM 2orang,SPM sorang,dan aku PMR...ish2...pening ayah n mek aku masa tu...!!!tapi mek n ayah aku usaha jugak mcm mana pun sampai mek saya gadai gelang emas n apa sahaja yang dia ada semata-mata nk tgk kami berjaya...sampai begitu sekali pengorbanan ayah n mek aku.Pengorbanan yang mek n ayah aku lakukan terbalas jugak bila akak aku yang ambik STPM n SPM dapat masuk U.Akak aku yang nama ni dapat masuk UKM,akak aku yang nama na dapat masuk UM,kak nor pula U mane entah dah lupa dan aku xdapat mane2...hahahahahaha

Mek n ayah masih pening kepala jugak waktu ni...yeala 3orang skali dapat masuk U,mana nak cari duit???Bincang punya bincang akhirnya kak nor yang ambik SPM buat kptusan nak sambung dekat tingkatan 6 sahaja.Jadi hanya 2orang akak aku yang pergi belajar dekat U(kak ni n kak na).Lega la sikit mek n ayah aku...walaupun kak nor sambung tingkatan 6 dia jugak akhirnya dapat masuk U(UPSI)...aku jew lagi yang entah nak jadi apa masa tu.Tapi aku berusaha jugak nak jadi macam abang n akak-akak aku sehinggalah aku pun dapat melanjutkan pelajaran di U(UPSI)...Walau susah macam mana sekalipun,mek n ayah aku sanggup berkorban untuk melihat kejayaan anak-anak mereka meskipun mek n ayah aku hanya sekolah setakat darjah 5.

Sekarang aku dan adik beradik aku berjaya dengan didikan ibu bapa yang sekolah setakat darjah 5 sahaja.Akak aku yang pertama seorang cikgu tadika,akak aku yang ke-2,3 dan 4 buat bisness batik(kalau nak tempah batik,songkek n mcm2 lagi datang la di kedai akak aku)...akak yang ke-5 suri rumah berjaya sebab suami dia suruh urus rumah tangga jew.Abang aku anak yang ke-6 sekarang cikgu(dia la sorang2 abang yg aku ada),akak aku yg ke-6,7,8 juga cikgu dan aku ank yg bgsu insyallh akn jd cikgu jugak(9 orang adik beradik aku sudah kahwin cuma tinggal aku sorang jew lagi yang belum kahwin).Kami semua adik beradik akan sentiasa membalas jasa n pngrbanan yg dilakukan oleh Mek n Ayah.Orang-orang kampung yg hina kami sekeluarga dulu dah mula rasa segan n hormat dekat keluarga aku.Aku harap suatu hari nanti,aku pun akan menjadi seperti Mek n Ayah aku kerana dapat mendidik anak sehingga semua berjaya...Untuk Mek(CHE ZAHRAH) dan Ayah(MAT SALLEH) jasa mu tidak dapat aku balas walaupun dengan wang ringgit.Aku akan menjaga mek n ayah aku kerana aku anak lelaki!!!semoga Allah S.W.T melanjutkan usia mek n ayah...

Sekian daripada aku(pokdik)mewakili...
"kak nik nun,kak mah,kah ba,kak ida,kak zura,abg din,kak ni,kak na dan kak nor"

Untuk:
CHE ZAHRAH@AMINAH BT CHE SENIK & MAT SALLEH BIN AWANG

4 ulasan:

miemie-jelapang berkata...

tahniah pokdik family ko sume berjaya..aku sedih gak baca cter ko ni..coz cter ko lebih kurang kisah hidupku..tapi aku xla ramai sedara.5 beradik je.. memang dulu hidup susah mcam cte ko gak..org kampung nak pandang pun xnak.. tapi berkat usaha mak ayah aku..kami adk beradik berjaya tempuhi sume 2.. sekarang baru orang kampung celik mata..cuma aku agak kecewa cikit..adik lelaki aku kurang minat untuk teruskan stdy..tapi aku bangga gak ngan die coz dia pandai cari kerja dan dapt gak bntu family..
so sebagai anak..hargailah pengorbanan kedua orang tua kita..besar pengorbanan dorang..aku doakan mga ayah n mek ko sentiasa dalam keadaan sihat, dalam kegembiraan melihat kejayaan ank2nya..

MOHAMAD SYZWAN BIN MAT SALLEH berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
MOHAMAD SYZWAN BIN MAT SALLEH berkata...

wsalam..yeaker cter ko same ngan cter aku???org yg hidup susah dulu akan lebih mengenali kehidupan sebenar...

miemie-jelapang berkata...

lebih kurang same la...bezanya ko ramai adk beradik..tu yang best,,lagi meriah..mesti bestkan dapat kumpul sume sekali..
ya..betul..orang susah dulu akan lebih mengenali kehidupan sebenar...orang yg susah dahulu juga akan hargai setiap apa yang diperolehi..

Catat Ulasan